TARIKH : 16 FEBRUARI 2011 – 13 APRIL 2011
JUMLAH PELAJAR YANG MENYERTAI : 97 PELAJAR
PENGENALAN PROGRAM
Program ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut :
1) Mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
2) Menambahkan perbendaharaan kata Inggeris yang sedia ada dalam kalangan pelajar.
3)Menambahkan minat pelajar dalam subjek bahasa Inggeris.
PERJALANAN PROGRAM
Tarikh | AGENDA | KETERANGAN |
16.2.2011 | Kuiz pertama | Pertandingan bahasa Inggeris bermula pada 16.2.2011 di mana borang kuiz telah diedarkan mengikut semester melalui AJK yang telah dilantik. Pada tarikh ini juga kuiz pertama iaitu yang bertemakan “ Let’s Solve ”. Kuiz ini menguji para pelajar dengan pengetahuan am. Beberapa pelajar telah mendapatkan markah yang tinggi dalam kuiz yang pertama. Antara pelajar tersebut adalah Kayalvilhi A/P Barathan, Rosiah Bt Rasidi iaitu daripada semester 4. Markah daripada kuiz pertama akan dikumpulkan sebagai mata kepada kuiz yang berikutnya. |
23.2.2011 | Kuiz kedua | Pada tarikh ini, borang kuiz kedua telah diedarkan. Seperti biasa borang-borang tersebut akan diagihkan melalui Ajk-Ajk setiap semester. Kuiz kedua bertemakan guess what?. Di mana dalam dalam kuiz tersebut, pelajar harus meneka apakah yang dimaksudkan dalam setiap soalan. Dalam kuiz ini juga terdapat tiga orang pelajar yang mendapat markah penuh iaitu 15 markah. Pelajar-pelajar tersebut adalah Pooveneswary A/P Narayasamy, Rajeswary A/P Veranpisaly, daripada semester 2 dan Kayalvilhi A/P Barathan daripada semester 4. Oleh itu, semua pelajar yang menyertai kuiz pertama dan kedua akan dikumpulkan markah bagi kuiz yang ketiga dan keempat. |
16.3.2011 | | Selepas kuiz pertama dan kedua telah diadakan, maka pada tarikh ini menyusul pula kuiz yang ketiga. Dalam kuiz ini iaitu ‘test your knowledge’, para pelajar dikehendaki mencari 32 jenis pekerjaan dalam bahasa inggeris yang mana tersembunyi di dalam kotak yang disediakan. Bagi kuiz ini, dalam kuiz ini ramai pelajar yang mendapat markah penuh iaitu 32 markah. |
30.3.2011 | Kuiz keempat | Kuiz yang diadakan pada tarikh ini merupakan kuiz yang terakhir bagi kuiz terkumpul ini. Oleh itu, kesemua kuiz yang telah dihantar dikirakan markah bagi mendapatkan markah yang tertinggi. Seramai lima orang pelajar yang mendapat markah tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang. Oleh itu, kuiz yang terakhir adalah bertemakan Idioms. Dimana terdapat beberapa soalan yang berkaitan dengan idioms dan ada juga diselitkan dengan Soduko. Bagi kuiz keempat ini juga, terdapat 3 orang pelajar yang ,mendapat makrak penuh iaitu 19 markah dimana ketiga-tiga pelajar tersebut adalah daripada diploma semester 4. Antaranya ialah Kayalvilhi A/P Barathan, NUR Hayati Binti Tugiman, dan Mohd Azrul Effendi Bin Abdul Razak. |
13.4.2011 | Pemenang kuiz terkumpul & pembahagian hadiah | Setelah berakhirnya keempat-empat kuiz ini, maka markah yang dikumpulkan oleh setiap pelajar yang menghantar kuiz ini telah dikira. Oleh itu, terdapat lima orang pelajar yang telah mendapat markah tertinggi. Mereka adalah terdiri daripada Farhana Nadia Bt Zai Effendy yang mewakili diploma semester 2. Manakala Kayalvilhi A/P Barathan, Nur Syaza Binti Azman , Siti Aisah Binti Ab Samad yang mewakili diploma semester 4. Bagi BBA semester diwakili oleh Norhaslinda Bt Md Nor. Pada tarikh ini juga, hadiah telah diagihkan kepada para pemenang melalui Ajk semester. |
No comments:
Post a Comment