Subscribe:

Saturday, 28 May 2011

KURSUS PERUCAPAN AWAM


TARIKH : 20 & 27 MAC 2011
JUMLAH PESERTA : 20 peserta

PENGENALAN PROGRAM
Sasaran peserta :
Dalam Kursus Perucapan Awam ini, pihak MPP telah mensasarkan beberapa kumpulan yang menyertai program ini. Antara kumpulan tersebut adalah barisan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP), AJK setiap Exco MPP, barisan tertinggi  Koperasi Pelajar Maktab Kerjasama Malaysia, dan barisan Kelab Kebudayaan MKM.
Setelah mengikuti Kursus Perucapan Awa ini dengan jayanya, para peserta akan lebih mampu :
1.    Meningkatkan keyakinan para peserta apabila berucap di hadapan audiens.
2.    Merancang sebuah persembahan sehingga mempunyai tujaun yang jelas serta sesuai dengan citarasa audiens.
3.    Mensturkturkan sebuah persembahan sehingga persembahan tersebut lebih mudah dan seronok diikuti oleh audiens.
4.    Mengatasi perasaan gemuruh sebelum dan semasa persembahan / pengucapan dilakukan.
5.    Menggunakan pelbagai teknik kawalan suara untuk menekankan isi penting serta menambah daya tarikan.



PERJALANAN PROGRAM
Sesi 1 ( TEORI )
HARI PERTAMA
TARIKH & MASA
AGENDA
KETERANGAN
20.3.2011
8.30 pg
Pendaftaran para peserta
Bertempat di bilik kuliah Seroja MKM, kesemua para peserta dikehendaki mendaftarkan diri bagi tujuan kedatangan. Urus setia iaitu Exco Akademik & Pembangunan Korporat telah bertanggungjawab untuk menguruskan mengenai pendaftaran para peserta.

9.15pg
Sesi pengenalan diri
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Puan Afiza Binti Abd Karim selaku penyelaras MPP. Seterusnya memperkenalkan penceramah yang telah ditugaskan untuk mendedahkan para peserta dengan perucapan awam iaitu Puan Rahimah Abd Samad daripada Maktab Kerjasama Malaysia. Selepas itu, setiap seorang peserta dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing.

10.00- 11.00 pg
rehat
Para peserta dibenarkan rehat selama 1 jam.

11.00 pg
Persediaan untuk berucap
Dalam slot persediaan untuk berucap penceramah iaitu Puan Rahimah telah mendedahkan kepada para peserta mengenai apa itu perucapan awam di mana yang membawa maksud satu interaksi penghantaran mesej antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengar. Selain itu juga, para peserta diberikan beberapa tips bagaimana untuk berucap di hadapan orang ramai. Antara tips yang diberikan adalah membuat persedian awal tentang apa yang ingin disampaikan, mengetahui siapakah yang akan mendengar ucapan kita, pastikan ucapan yang ingin disampaikan, sampai kepada audiens dan beberapa lagi tips yang telah dikongsikan bersama. Selain itu juga, peserta telah didedahkan dengan apakah tujuan perucapan awam. Antaranya adalah untuk memaklumkan, untuk mempengaruhi, untuk member inspirasi, dan untuk menghibur. Dalam slot ini juga, penceramah telah mengajak para peserta untuk berkongsi pengalaman masing-masing mengenai perucapan awam.
1.00 – 2.30 ptg
makan tengahari dan rehat
Peserta dibenarkan rehat selama 1 jam setengah.

2.30ptg
Penyediaan kandungan ucapan
Sebelum ini peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik berkesan dalam perucapan awam dan gaya perucapan awam yang berkesan, maka pada slot yang seterusnya peserta dikehendaki menyediakan kandungan ucapan sendiri. Setiap peserta mesti mempunyai teks ucapan untuk dibacakan di hadapan peserta lain. Ini adalah untuk melatih para peserta untuk lebih bersedia dan yakin apabila berhadapan dengan ramai orang. Dalam  slot ini, para peserta boleh bertanya kepada penceramah mengenai kandungan ucapan yang bersesuaian dan mengikut format yang betul. Bagi sesi yang pertama iaitu sesi teori, maka para peserta hanya didedahkan dari aspek teori sahaja. Pada sesi kedua, akan diadakan sesi praktikal.

4.30 ptg
Tamat dan bersurai
Peserta dibenarkan pulang.


SESI 2 ( PRAKTIKAL )
HARI KEDUA
TARIKH & MASA
AGENDA
KETERANGAN
27.3.2011
9.00 pg
Mengenalpasti kesilapan-kesilapan semasa berucap
Penceramah telah mendedahkan kepada peserta tentang beberapa kesilapan semasa berucap. Antara kesilapan yang selalunya dibuat oleh para pemberi ucapan adalah mempunyai perasaan gemuruh, tidak mempunyai keyakinan, gaya badan yang tidak sesuai semasa berucap dan sebagainya. Oleh itu, pada sesi kedua iaitu sesi praktikal, para peserta diberi peluang untuk berucap di hadapan para peserta lain bagi mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh peserta.

10.30 pg
Rehat
Peserta dibenarkan rehat selama 1 jam.

11.30 pg
Latihan perucapan & penilaian
Jika sebelum ini, peserta telah diberitahu mengenai kesilapan semasa berucap, maka selepas itu, diadakan pula, latihan perucapan. Latihan perucapan ini bertujuan untuk memperbaiki kemahiran berucap di hadapan orang ramai. Pada sesi ini, kesemua peserta diwajibkan menyediakan teks ucapan bebas masing-masing untuk dipersembahkan kepada peserta lain. Teks ucapan peserta adalah berbentuk formal dan tidak formal.

1.00ptg
Rehat
Peserta dibenarkan rehat.

2.30 ptg
Latihan perucapan & penilaian
Perucapan diteruskan lagi dengan peserta-peserta yang tidak sempat untuk memberi ucapan pada sebelah pagi. Selepas kesemua peserta kursus selesai membuat ucapan masing-masing maka selesai sudah perucapan peserta. Maka penceramah iaitu Puan Rahimah telah membuat penilaian berdasarkan gaya perucapan peserta. Mengikut penilaian Puan Rahimah, kebanyakan peserta tidak membuat persedian yang rapi. Selain itu, gaya berucap dan intonasi peserta tidak sesuai dengan teks ucapan. Kesemua kritikan membina daripada penceramah telah diterima baik oleh peserta.

4.30 ptg
Tamat & bersurai
Program ini tamat dengan jayanya dan berjalan dengan lancar dan sempurna. Syabas diucapkan kepada para peserta kerana meluangkan masa dan tenaga semata-mata untuk menyertai Kursus Perucapan Awam anjuran Majlis Perwakilam Pelajar.




PERMASALAHAN YANG TIMBUL
1.    Para peserta tidak menepati masa yang ditetapkan dimana terdapat peserta yang datang lewat.

2.    Waktu yang singkat menyebabkan pendedahan mengenai perucapan awam tidak dapat didedahkan dengan sepenuhnya.


CADANGAN
1.    Program Kursus perucapan Awam ini patut diadakan dengan kerap dan masa yang diperuntukan mestilah lebih panjang supaya peserta lebih terdedah dengan kemahiran-kemahiran berucap.


2.    Bagi peserta kursus pula patut lebih terbuka kepada semua pelajar yang ingin menyertai Kursus Perucapan Awam kerana pelajar-pelajar lain juga boleh mendapat manfaat daripada Kursus ini.


KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Kursus Perucapan Awam ini telah memberi banyak manfaat kepada para peserta yang mengikuti kursus ini. Hal ini adalah kerana dengan menyertai Kursus seperti ini, para peserta akan didedahkan dengan teknik-teknik berucap dengan betul. Jika sebelum ini, peserta kurang didedahkan dengan teknik yang betul, maka dengan adanya kursus seperti ini akan memberi peserta ilmu yang berguna mengenai perucapan dan seterusnya peserta boleh mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diajar semasa kursus di dalam kelas dan semasa membuat pembentangan di mana sahaja. Terima kasih tidak terhingga kepada penceramah jemputan iaitu Puan Rahimah Abd Samad yang banyak memberi tips-tips mengenai perucapan yang berkesan. Di samping itu, tidak dilupakan kepada semua peserta seramai 20 peserta yang telah menyertai kursus ini dan kursus ini berjaya dilaksanakan kerana dengan tunjuk ajar dan bimbingan dari Penyelaras MPP, Puan Afiza Bt Abdul Karim, serta kerjasama oleh Majlis Tertinggi MPP, AJK Exco Akademik dan Pembangunan Korporat serta para peserta. Saya selaku Ketua Exco Akademik dan Pembangunan Korporat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program ini.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment